Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata bahawa Amerika Syarikat sedang memprovokasi pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un supaya bertindak melulu di dalam program peluru berpandunya sekaligus memberikan alasan kepada Washington untuk memusnahkan negara Asia itu.
Beliau pada hari Khamis memberitahu wartawan di ibu kota Belarus, Minsk bahawa cara A.S menangani krisis tersebut bersifat terlalu provokatif.
"Pihak Amerika Syarikat perlu menjelaskan kepada kita semua jika mereka sedang berusaha untuk mencari alasan dalam rangka memusnahkan Korea Utara. Biar mereka berterus-terang... kemudian kita boleh mengambil keputusan yang sepatutnya berhubung tindakan yang perlu diambil," kata beliau di dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Rusia.
"Situasi adalah seperti Amerika Syarikat secara sengaja sedang melancarkan provokasi ke atas Pyongyang untuk melakukan tindakan yang radikal," tambahnya.
Lavrov turut berkata bahawa adalah lebih baik bagi A.S untuk cuba berunding dengan Pyonyang daripada meneruskan pelan mereka untuk melancarkan latihan tentera udara besar-besaran dengan Korea Selatan pada Disember ini.
Menteri Luar Rusia turut menolak panggilan A.S untuk memutuskan hubungan dengan Pyonyang berikutan program nuklear dan peluru berpandu mereka.
Duta A.S ke PBB, Nikki Haley pada hari Rabu memanggil negara-negara lain untuk memutuskan hubungan dengan Pyongyang.
Lavrov berkata bahawa, gesaan Haley kepada dunia untuk mengisolasi Korea Utara adalah salah.
Beliau turut melontarkan kritikan kepada A.S yang menurutnya tidak mengendahkan tuntutan PBB untuk memulakan dialog dengan Korea Utara sambil memanggil tindakan itu sebagai "kesilapan yang besar."
Korea Utara pada hari Rabu berkata bahawa mereka telah berjaya mencapai status negara kuasa nuklear selepas kejayaannya melancarkan sebuah peluru berpandu ICBM yang menurut mereka mampu mencapai setiap kawasan di negara A.S.
Korea Utara turut berkata bahwa mereka perlu membangunkan peluru berpandu dan senjata nuklear sebagai penghalang kepada serangan mungkin A.S dan sekutunya di rantu itu.
Tentera A.S ditempatkan secara tetap di rantau itu termasuk tentera yang bertugas di pangkalan Pentagon yang terletak Korea Selatan dan Jepun. -ABNA24
/315
30 November 2017 - 17:01
News ID: 870161
Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata bahawa Amerika Syarikat sedang memprovokasi pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un supaya bertindak melulu di dalam program peluru berpandunya sekaligus memberikan alasan kepada Washington untuk memusnahkan negara Asia itu.